Monday, December 20, 2010

Yakinlah!!

Salam....
              Susah ke nak bercakap dengan yakin? Apa yang kita perlukan untuk kelihatan yakin dan mampu bercakap dengan baek? Hurmmmmm....sebenarnya tak susah pun...yang penting dan utama...letaklah kepercayaan pada diri sendiri...bagi peluang pada diri sendiri supaya menjadi orang yang yakin....Selagi kita memandang rendah pada keupayaan sendiri....selagi itulah orang akan mengambil kesempatan memandang lagi rendah dan hina pada diri kita.....
               16th June 2008 - Akan aku kenang hingga akhir hayatku....Tarikh keramat yang mengajar aku menjadi seorang pendidik yang sebenar.....Sambil mencoret ni pun,aku masih tersenyum...indah...terlalu indah....Detik pertama aku melangkah ke kelas, jam 2 petang....Aku melangkah dengan yakin....sepatu tinggi di hayun...setapak demi setapak....pintu di kuak....dan aku terus melangkah ke hadapan kelas....30 pasang mata...tertumpu pada satu objek ...dan objek itu adalah aku....aku mengecil...dan mengecil....yang besar cuma jiwa dan semangat ku...
               Baru minggu lepas aku menghabiskan dunia praktikal ku yang ku kira sangat hebat....selang 2 hari...aku melangkah ke dunia pekerjaan....aku seorang pendidik....wah! lebih hebat rupanya dunia ini.aku gembira....bezanya,ketika melengkapkan ilmu praktikal ku...anak-anak muridku kecil-kecil sahaja,comel-comel....maklumlah...sekolah rendah...kini di hadapan ku....sebesar dan setinggi aku...aku di institut pengajian tinggi...tentulah anak murid ku setinggi aku....Hati, ayuh...terus kuat.
                 Nafas di tarik sedalam-dalamnya....aku hembus perlahan....ku ukir senyum. Ya! Senyum lah. Senyuman mampu melenyapkan ketidaksenangan hati...jika hati muridku tidak senang....sekurang-kurangnya hatiku senang...itu sudah melegakan aku. Baek...ayuh...akal...mari tolong mulutku berkata-kata. Berkatalah dengan akal...bukan dengan kebodohan...Tolonglah akal...jgn tunjukkan kebodohan ku...biar sahaja ia tersorok rapat. Dan aku menuturkan ayat pertamaku....kedua...ketiga...keempat dan seterusnya....dan aku terus yakin yang aku memang dilahirkan untuk menjadi seorang pendidik....
                 Itu hari pertama ku....pertama yang memulakan untuk yang seterusnya....tidak susah untuk bercakap dengan yakin....Kamu pun boleh...Apa yang aku buat adalah:

  1. Aku katakan pada diri aku yang aku sangat yakin pada diri sendiri dan aku sangat syangkan diri aku. Aku yakin diri aku mampu.
  2. Melangkah dengan yakin....Atur langkah dengan cermat dan jangan sekali-kali membongkok....aku akan pastikan aku melangkah dengan pasti dan pandangan aku lurus ke hadapan. Jangan melangkah sambil memandang ke bawah...terus memandang ke hadapan....Ini mata kita,jangan takut untuk bertembung pandangan.
  3. Aku akan berdiri tegap dan membuat zon selesa ku sendiri. Aku akan berdiri di hadapan,tepat ditengah-tengah dan memandang tiap wajah yang ada di hadapan ku. Bila kita mengambil sedikit masa untuk diri sendiri dan membina zon selesa....kita akan berasa lebih yakin. Dan pandanglah tepat ke mata mereka :) percaya lah...keyakinan akan datang.
  4. Apabila aku selesa dengan ruang dan wajah-wajah di hadapan ku....Segalanya akan baek-baek sahaja...

J0m kita bercakap dengan yakin!!

No comments:

Post a Comment