Monday, December 20, 2010

Buat Lelaki-Lelaki Dalam Hidupku...Kerana Kaseh Aku Menulis....

Salam....
              Jika di tanya pada Bonda, apa mencabarnya menjaga anak perempuan...."Menjaga maruahnya" jawab Bonda. Jika ditanya apa sukarnya menjaga anak lelaki " Rok0k dan dadah" jawab Bonda.
              Aku menghela nafas yang sangat dalam.....Wahai lelaki yang aku sayangi....mengapa perlu mer0kok? Aku percaya,kamu tidak akan mendekati dadah....tetapi r0k0k?? Kenapa? Iya....benar....Kamu yang akan mederita barah paru-paru, kamu yang akan menderita penyakit jantung iskemia, penyakit saluran udara tersumbat kr0nik....Itu semua penderitaan yang akan kamu jalani sepanjang hidup mu....Aku tidak akan berebut dengan kamu,ambillah semua nya.....Tetapi pejamkan mata seketika,kamu tidak malukah pada Yang Esa....bukankah kita ini hanya pinjaman....mulut itu....jari-jemari itu....ker0ngk0ng itu...paru-paru itu....jantung itu.....itu bukan milik kamu....semuanya milik Yang Esa....kamu terlupakah yang kamu perlu memulangkannya satu hari kelak....Kamu meminjam dengan cara yang baek...mengapa tidak dipulangkan dalam keadaan baek juga.....Jika barang kamu yang dipinjam dan dirosakkan,marah tak? Atau kamu cuba mencabar Tuan Yang Empunya?? Jangan terlalu berani mencabar....
              Seketika fikirkan bonda...ibu....emak....mummy....apa jua panggilannya....fikirkan insan yang telah bersusah payah melahirkan kamu....Mengend0ng kamu selama 9 bulan...berat yang naik mendadak,mengusung kamu ke sana sini....kalsium yang kamu curi dari mereka....bengkak kaki mereka mengusung beban kamu....urat-urat kaki yang timbul tak pulih-pulih hingga hari ini....hingga hari kamu mampu berlari sendiri dan mampu mer0k0k....urat penderitaan itu masih ada kalau kamu ingin lihat....Pernah terfikir berapa ribu urat-urat halus di badan b0nda yang telah putus,semata-mata ingin meneran kamu....melahirkan kamu....ingin kamu melihat dunia....semata-mata untuk kamu,anak lelakinya. Hurmmmmmmm.....itu baru detik mengandungkan kamu dan melahirkan kamu....belum aku sentuh soal menjaga kamu dari merah....sawan kamu...demam kamu....campak kamu.....selesema kamu.....khatan kamu...dan senarainya terlalu panjang.....Tidak malukah kamu? Berhutang budi pada b0nda yang pernah menjaga jantung itu....paru-paru itu....Berhutang sampai mati....pulangkan susu yang diminum...tenaga yang dikerah...urat yang terputus....jika kamu ingin melangsaikan hutang....dan kamu bebas untuk mer0k0k....
                Tidak malukah kamu pada orang yang tidak kamu kenali....kamu menggunakan RM3.5b duit kerajaan....itu adalah duit cukai kami. Duit itu digunakan semata-mata untuk merawat penyakit kamu wahai perokok!! Itu nilai pada tahun 2007, pada tahun 2010,RM 3.8b digunakan semata-mata untuk kamu....semata-mata kerana penyakit kamu....penyakit yang kamu cipta dan cari....Jawablah di sana kelak....bila kamu disoal, mengapa duit itu tidak disalurkan kepada bidang lain untuk sektor kesihatan....mengapa masih ada rakyat Malaysia yang sumbing? Tak mampu bercakap dengan betul.....Susu yang diminum oleh bayi kecil itu masih terkeluar dari sumbingnya....Mengapa? Kerana kamu telah mencuri hak bayi itu.....

Berhenti mer0k0k....Jika bukan untuk kamu...Lakukan untuk hati-hati yang kasehkan kamu...

No comments:

Post a Comment