Thursday, January 6, 2011

MELAYU

Salam....
              Lama tidak menulis....bukan kerana minat pudar....bukan kerana kekeringan idea....tetapi kerana kesuntukan masa yang amat sangat.....ini p0n aku curi-curi masa sambil menunggu lecturerku masuk ke kelas.....
              Tadi ketika aku meluangkan masa di laluan pejalan kaki Fakulti Pendidikan di UPM,mata aku terpaku pada helaian sajak yang ditampal di papan kenyataan.....aku baca perlahan-lahan....dan ada benarnya bait-bait sajak itu.

Renung Sejenak, Fikirkanlah.....

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih sopan

Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya

Sawah sejalur tinggal sejengkal

Tanah sebidang mudah terjual

*Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang

                           Kalau kamu ada sedikit masa, fikirkan lah.....kerana pada aku,sajak ini sangat benar. Okey,i have to pen off....lecturer aku dah datang.

Selamat berfikir~

No comments:

Post a Comment